Masyarakat Islam Dan Masjid.
Bismillahirrahmanirrahim.
Sebut sahaja masyarakat islam, baik dimana mana sahaja, mesti tidak boleh dipisahkan dengan masjid atau surau. Bila ujud sahaja koloni muslim masjid mesti diujudkan,ini adalah ajaran islam yang dicontohi oleh Nabi S.A.W.
Peranan masjid sangat besar dalam masyarakat islam, masjid yang bermaksud tempat sujud adalah tempat umat islam berkumpul untuk beribadah disamping tempat menyelesaikan masalah keduniaan mereka. Dalam blog saya yang tidak secanggih ini bukanlah saya hendak membincangkan kebaikan-kebaikan masjid itu sendiri kerana semua kita yang bergelar islam pasti telah mengetahuinya tetapi bagi saya ialah bagaimana kita yang diamanahkan Allah membina rumahNya dan kemudian menguruskannya.
Mari kita lihat sepotong ayat yang menjadi azimat bagi melaksanakan tugas itu, iaitu ayat Surah at-Taubah ayat 18 bermaksud " Sesungguhnya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta medirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan Allah, mudah-mudahan mereka menjadi dari golongan yang mendapat pertunjuk".
Itulah antara ciri-ciri orang bertaqwa. Diantara kita tedapat beberapa golongan pengguna masjid, ada yang datang cuma bersolat kemudian pergi, ada golongan yang bersolat dan menghabiskan masa berjam-jam berzikir kemudian pergi, ada golongan yang menjadi tempat persingahan semata-mata dan ada satu golongan yang cakna, mereka ini menguruskan masjid untuk orang lain menggunakan dengan selesa.
Blog ini adalah untuk golongan yang terakhir itu, saya akan bincangkan dan memberi pandangan dan menerima pandangan bagaimana kita harus uruskan sesubuah masjid. InsaAllah banyak perkara yang boleh dikongsi dengan tujuan utama ialah bagaimana sesebuah masjid hendak diimarahkan.
Sebenarnya para pengurus masjid bukan sahaja bertanggung jawab terhadap amanah Allah mereka juga bertanggung jawab dengan anamah yang diberi oleh Penguasa yang melantik mereka.
Dunia pengurusan telah mengalami perubahan yang pesat,soalnya apakah pengurusan masjid juga telah mengikut peredaran ini, pengaruh internate telah banyak merobah kehidupan kita kini, sekarang kalau kita ke bank kita jarang berurus dengan manusia, kita berurus dengan mesin, mesin tidak tanya berapa mahu keluarkan wang, tetapi jejari kita yang tentukannya.
Orang sekarang memberi derma dengan pindahkan saja wangnya kedalam akaun peminta derma, tetapi masjid bagaimana? berapa buah masjid yang mengiklankan no akaun bank kepada jemaah masing-masing supaya mereka boleh terus derma melalui mesin atau internet.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan dengan kemudahan teknologi terkini.
Yang penting kita mahu perubahan dan kemudian sama-sama berubah.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home