Tuesday, May 13, 2008

Pengurus Kewangan Masjid

Antara orang penting dalam Jawatankuasa Masjid ialah Bendahari, orang ramai akan merujuk kepada Bendahari apabila hendak menjalankan sesuatu aktiviti. Seorang Bendahari yang bijak akan dapat merancang kegiatan yang boleh mendapatkan dana bagi menguruskan masjid disamping pandai pula membelanjakan secara berhemah.

Amanah yang dipegang oleh Bendahari sangat besar, dia memegang wang amanah, jadi untuk memilih seorang Bendahari, pilihlah seorang yang jujur dan amanah dan mempunyai latar belakang pandai menguruskan kewangan.

Kita mungkin pernah mendengar cerita-cerita bagaimana wang masjid diselewengkan, tak kira banyak atau sadikit, perlu diingat perbuatan itu dikeji oleh masyarakat dan dimurkai oleh Allah.

Ramai orang takut untuk menjadi seorang bendahari atas berbagai-bagai sebab antaranya tak tahu hendak menguruskan wang orang ramai dan ada juga yang takut memegang wang takut terbelanja atau kehilangan.

Penulis bukanlah pakar dalam kewangan tatapi pernah dilantik menjadi Bendahari di sebuah Kelab Kebajikan dan Sukan, sebuah ajensi semasa bertugas dulu, mula-mula rasa susah juga melihat angka-angka yang diserahkan oleh bekas bendahari, bertenang dan cuba perhatikan setiap item yang ditulis akhirnya segala punca dapat dicari. Beberapa panduan yang perlu seorang bendahari patuhi ialah tahu mencatit wang yang diterima dan wang yang dikeluarkan/dibelanja, semua ini mesti seimbang, jumlah masuk dan jumlah keluarnya.

Seorang bendahari mesti rajin mencatit berbelanjaan, jangan cuba tangguh catitan kerana ia mungkin terlupa, sehari dua masih boleh ingat bila masuk minggu dah menjadi sukar, setiap pebelanjaan mesti disertakan bersama resit, kalau tak ada resit adakan baucer penerimaan, misalnya pembayaran kepada guru yang mengajar sertakan baucer bayaran ditandatangan penceramah sendiri atau yang menyampaikan kepada penceramah.

Semua resit dan baucer diberi number dan disimpan untuk tujuan audit oleh juruodit dalam yang dilakukan dari masa kesemasa atau untuk penyediaan peyata kewangan tujuan bermesyuarat agung.

Catatan yang jelas akan mengambarkan ketelusan pengurusan kewangan, jangan cuba mencatit perkara-perkara yang boleh menimbulkan kecurigaan dan pertanyaan yang perlu penjelasan yang panjang.

Kedudukan kewangan mesti sentiasa kemaskini, jangan mengharap orang lain mencatat perbelanjaan dan catitan mesti mudah difahami diri sendiri dan orang lain. Pada setiap akhir bulan adakan satu laporan , wang masuk dan wang keluar dan baki dalam bank. Dibawah wang masuk berikan butiran ringkas seperti wang derma orang ramai, sewa peralatan, kutipan jumaat dan sebagainya tidak perlu menyatakan perincian pada laporan bulanan, begitu juga wang keluar hanya yang ada ialah seperti pembayaran kepada penceramah, sagu hati pegawai masjid, pembayaran air dan letrik, selenggara masjid dan seterusnya, perincian hanya disimpan oleh bendahari.

Pembelian peralatan untuk kegunaan masjid atau kerja-kerja kontrak mesti diputuskan dalam mesyuarat, kalau ada lebih satu pendapat dapatkan undian, kalau keputusan seri pengerusi boleh buat keputusan. Keputusan merupakan satu kelulusan dan projek perlu diteruskan. Bagi mengelakkan daripada timbul fitnah sesuatu pembelian atau kontrak perlu dibuat sebutharga, dapatkan seberapa banyak sebutharga sebelum pembelian atau kontrak diberikan.

Kalau boleh dielakkan , jangan beri sesuatu kontrak kepada kaum kerabat atau orang yang dekat dengan AJK, walaupun ikut peraturan mesti ada yang tak sedap didengar akan timbul dibelakang hari.

Derma orang ramai bukan untuk disimpan, ianya perlu dibelanja mengikut aktiviti yang diputuskan oleh AJK, rancang program yang sepadan dengan apa yang ada, masjid tidak seharusnya berhutang, bagaimanapun simpanan hendaklah dibenarkan dengan kadar tertentu misalnya kadar 3-4 bulan perbelanjaan.

AJK jangan berbangga dengan mempunyai simpanan wang di bank yang banyak, derma dan lain-lain pendapatan masjid hendaklah digunakan untuk aktiviti masjid, aktiviti yang menampakkan masjid diimarahkan.

Ada orang bertanya, bolehkah derma yang dikutip dibuat kenduri masjid, pendapat saya kalau tujuan kutipan dinyatakan dengan terang kepada jemaah tujuannya tidak salah, tetapi derma yang disampaikan untuk masjid, kalau boleh elakkan, adalah lebih baik kalau hendak kenduri carilah penaja dari kalangan jemaah yang dermawan atau dari hartawan tempatan yang diketahui sifat dermawannya.

Seorang Bendahari yang berinovatif boleh memikir bagaimana menjana kewangan dari sumber-suber yang ada dimasjid dan sekelilingnya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home