Tuesday, May 13, 2008

Pengurus Kewangan Masjid

Antara orang penting dalam Jawatankuasa Masjid ialah Bendahari, orang ramai akan merujuk kepada Bendahari apabila hendak menjalankan sesuatu aktiviti. Seorang Bendahari yang bijak akan dapat merancang kegiatan yang boleh mendapatkan dana bagi menguruskan masjid disamping pandai pula membelanjakan secara berhemah.

Amanah yang dipegang oleh Bendahari sangat besar, dia memegang wang amanah, jadi untuk memilih seorang Bendahari, pilihlah seorang yang jujur dan amanah dan mempunyai latar belakang pandai menguruskan kewangan.

Kita mungkin pernah mendengar cerita-cerita bagaimana wang masjid diselewengkan, tak kira banyak atau sadikit, perlu diingat perbuatan itu dikeji oleh masyarakat dan dimurkai oleh Allah.

Ramai orang takut untuk menjadi seorang bendahari atas berbagai-bagai sebab antaranya tak tahu hendak menguruskan wang orang ramai dan ada juga yang takut memegang wang takut terbelanja atau kehilangan.

Penulis bukanlah pakar dalam kewangan tatapi pernah dilantik menjadi Bendahari di sebuah Kelab Kebajikan dan Sukan, sebuah ajensi semasa bertugas dulu, mula-mula rasa susah juga melihat angka-angka yang diserahkan oleh bekas bendahari, bertenang dan cuba perhatikan setiap item yang ditulis akhirnya segala punca dapat dicari. Beberapa panduan yang perlu seorang bendahari patuhi ialah tahu mencatit wang yang diterima dan wang yang dikeluarkan/dibelanja, semua ini mesti seimbang, jumlah masuk dan jumlah keluarnya.

Seorang bendahari mesti rajin mencatit berbelanjaan, jangan cuba tangguh catitan kerana ia mungkin terlupa, sehari dua masih boleh ingat bila masuk minggu dah menjadi sukar, setiap pebelanjaan mesti disertakan bersama resit, kalau tak ada resit adakan baucer penerimaan, misalnya pembayaran kepada guru yang mengajar sertakan baucer bayaran ditandatangan penceramah sendiri atau yang menyampaikan kepada penceramah.

Semua resit dan baucer diberi number dan disimpan untuk tujuan audit oleh juruodit dalam yang dilakukan dari masa kesemasa atau untuk penyediaan peyata kewangan tujuan bermesyuarat agung.

Catatan yang jelas akan mengambarkan ketelusan pengurusan kewangan, jangan cuba mencatit perkara-perkara yang boleh menimbulkan kecurigaan dan pertanyaan yang perlu penjelasan yang panjang.

Kedudukan kewangan mesti sentiasa kemaskini, jangan mengharap orang lain mencatat perbelanjaan dan catitan mesti mudah difahami diri sendiri dan orang lain. Pada setiap akhir bulan adakan satu laporan , wang masuk dan wang keluar dan baki dalam bank. Dibawah wang masuk berikan butiran ringkas seperti wang derma orang ramai, sewa peralatan, kutipan jumaat dan sebagainya tidak perlu menyatakan perincian pada laporan bulanan, begitu juga wang keluar hanya yang ada ialah seperti pembayaran kepada penceramah, sagu hati pegawai masjid, pembayaran air dan letrik, selenggara masjid dan seterusnya, perincian hanya disimpan oleh bendahari.

Pembelian peralatan untuk kegunaan masjid atau kerja-kerja kontrak mesti diputuskan dalam mesyuarat, kalau ada lebih satu pendapat dapatkan undian, kalau keputusan seri pengerusi boleh buat keputusan. Keputusan merupakan satu kelulusan dan projek perlu diteruskan. Bagi mengelakkan daripada timbul fitnah sesuatu pembelian atau kontrak perlu dibuat sebutharga, dapatkan seberapa banyak sebutharga sebelum pembelian atau kontrak diberikan.

Kalau boleh dielakkan , jangan beri sesuatu kontrak kepada kaum kerabat atau orang yang dekat dengan AJK, walaupun ikut peraturan mesti ada yang tak sedap didengar akan timbul dibelakang hari.

Derma orang ramai bukan untuk disimpan, ianya perlu dibelanja mengikut aktiviti yang diputuskan oleh AJK, rancang program yang sepadan dengan apa yang ada, masjid tidak seharusnya berhutang, bagaimanapun simpanan hendaklah dibenarkan dengan kadar tertentu misalnya kadar 3-4 bulan perbelanjaan.

AJK jangan berbangga dengan mempunyai simpanan wang di bank yang banyak, derma dan lain-lain pendapatan masjid hendaklah digunakan untuk aktiviti masjid, aktiviti yang menampakkan masjid diimarahkan.

Ada orang bertanya, bolehkah derma yang dikutip dibuat kenduri masjid, pendapat saya kalau tujuan kutipan dinyatakan dengan terang kepada jemaah tujuannya tidak salah, tetapi derma yang disampaikan untuk masjid, kalau boleh elakkan, adalah lebih baik kalau hendak kenduri carilah penaja dari kalangan jemaah yang dermawan atau dari hartawan tempatan yang diketahui sifat dermawannya.

Seorang Bendahari yang berinovatif boleh memikir bagaimana menjana kewangan dari sumber-suber yang ada dimasjid dan sekelilingnya.

Thursday, May 8, 2008

Awan yang menawan



Pada 4 May 2008, ketika azan sedang dikemundangkan di Daerah Kuantan telah terbentuk satu lingkaran awan yang bertingkat-tingkat dan ditepi awan tersebut terbentuk satu renda-renda yang berwarna kemerahan menyebabkan pandangannya yang mempersonakan, kawan cuba ambil gambar ketika itu tetapi malang sekali bateri kamera kawan telah out, semasa belari kedalam rumah dan memasukkan bateri baru pegerakan awan telah merubah bentuk tadi dan akhirnya kawan sempat ambil yang dapat dilihat seperti dibawah ini, satu kejadian yang menunjukkan kebesaranNya.


Friday, May 2, 2008

Ciri-ciri Jawatankuasa yang unggul

Sebenarnya bukan senang nak pilih Jawatankuasa masjid, untuk mendapat yang terbaik lagilah susah, tetapi kita boleh memilih berdasarkan ciri-ciri yang dibawah:

1. Semua AJK mesti boleh berkerjasama dikalangan mereka.
2. Mempunyai seorang Pengerusi yang disenang oleh masyarakat dan boleh memimpin angota dengan baik dan berkesan.
3. Semua AJK berhemah tinggi.
4. Semua AJK dapat berjemaah setiap hari dimasjid.
5. Mempunyai latar belakang yang baik dan mempunyai berbagai-bagai pengalaman yang boleh dimanfaatkan.
6. AJK aktif didalam semua perbincangan dan sentiasa memberi pandangan yang bernas.
7. Inovatif.
8. Sabar dan tidak mudah marah.
9. Menerima tanggungjawab kerana Allah dan melaksanakan kerana Allah.
10. Jujur dan berfikran terbuka.
11. Boleh menerima kritikan yang membina serta positif.
12. Tidak ada musuh.
13. AJK terdiri dari berbagai golongan, tidak diwakili dari satu keluarga atau puak sahaja.
14.Berpengalaman luas.
15. Tidak hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai kerja.
16. Dapat meyampaikan sesutu maksud dengan susunan kata-kata yang baik dan mudah difahami oleh orang ramai.
17. Tidak suka melobi.
18. Tidak suka mencari pengaruh.
19. Tidak mengambil kesempatan atas jawatan yang diamanahkan.
20. Berhati-hati membuat keputusan, mementingkan kemurkaan Allah daripada kemurkaan manusia.

Bolehkah kita mendapatkan seperti diatas?

Thursday, May 1, 2008

Masyarakat Islam Dan Masjid.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebut sahaja masyarakat islam, baik dimana mana sahaja, mesti tidak boleh dipisahkan dengan masjid atau surau. Bila ujud sahaja koloni muslim masjid mesti diujudkan,ini adalah ajaran islam yang dicontohi oleh Nabi S.A.W.

Peranan masjid sangat besar dalam masyarakat islam, masjid yang bermaksud tempat sujud adalah tempat umat islam berkumpul untuk beribadah disamping tempat menyelesaikan masalah keduniaan mereka. Dalam blog saya yang tidak secanggih ini bukanlah saya hendak membincangkan kebaikan-kebaikan masjid itu sendiri kerana semua kita yang bergelar islam pasti telah mengetahuinya tetapi bagi saya ialah bagaimana kita yang diamanahkan Allah membina rumahNya dan kemudian menguruskannya.

Mari kita lihat sepotong ayat yang menjadi azimat bagi melaksanakan tugas itu, iaitu ayat Surah at-Taubah ayat 18 bermaksud " Sesungguhnya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta medirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan Allah, mudah-mudahan mereka menjadi dari golongan yang mendapat pertunjuk".

Itulah antara ciri-ciri orang bertaqwa. Diantara kita tedapat beberapa golongan pengguna masjid, ada yang datang cuma bersolat kemudian pergi, ada golongan yang bersolat dan menghabiskan masa berjam-jam berzikir kemudian pergi, ada golongan yang menjadi tempat persingahan semata-mata dan ada satu golongan yang cakna, mereka ini menguruskan masjid untuk orang lain menggunakan dengan selesa.

Blog ini adalah untuk golongan yang terakhir itu, saya akan bincangkan dan memberi pandangan dan menerima pandangan bagaimana kita harus uruskan sesubuah masjid. InsaAllah banyak perkara yang boleh dikongsi dengan tujuan utama ialah bagaimana sesebuah masjid hendak diimarahkan.

Sebenarnya para pengurus masjid bukan sahaja bertanggung jawab terhadap amanah Allah mereka juga bertanggung jawab dengan anamah yang diberi oleh Penguasa yang melantik mereka.

Dunia pengurusan telah mengalami perubahan yang pesat,soalnya apakah pengurusan masjid juga telah mengikut peredaran ini, pengaruh internate telah banyak merobah kehidupan kita kini, sekarang kalau kita ke bank kita jarang berurus dengan manusia, kita berurus dengan mesin, mesin tidak tanya berapa mahu keluarkan wang, tetapi jejari kita yang tentukannya.

Orang sekarang memberi derma dengan pindahkan saja wangnya kedalam akaun peminta derma, tetapi masjid bagaimana? berapa buah masjid yang mengiklankan no akaun bank kepada jemaah masing-masing supaya mereka boleh terus derma melalui mesin atau internet.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan dengan kemudahan teknologi terkini.
Yang penting kita mahu perubahan dan kemudian sama-sama berubah.